ayah telah berada di icu selama seminggu. ibu, angah, nani dan aku setia menunggu ayah dan khabar berita ayah di wad icu. dalam seminggu itu kami sekeluarga tidak kesah teman ayah diluar bilik icu asalkan kami berada selalu disisi ayah dan tidak kesah orang lalu lalang cakap apa. setiap hari kami adik beradik akan bergilir gilir balik ke rumah untuk menyiapkan barang dan baju ke hospital tapi pada malamnya semua berkumpul di depan bilik icu ibu sahaja yg tak balik dalam seminggu tu. aku tahu ibu memang tak tergamak untuk meninggalkan ayah walaupun ibu sendiri tidak dibenarkan masuk ke wad icu untuk menjenguk ayah. di wad icu pada hari pertama dan kedua keadaan ayah tidak stabil lagi, dan pada hari ketiga ayah berada dalam keadaan demam dan tekanan darah ayah rendah. pada setiap hari aku akan melawat ayah satu kali itu pon ibu dan angah paksa. aku rasa sedih sangat dan tak sangup melihat ayah dalam keadaan badan nya yang dipenuhi dgn wayar wayar dan badan ayah juga begitu lemah. pada suatu hari aku tidak boleh menahan sedih dan air mata aku jatuh kat tangah ayah dan suara tangisan aku semakin kuat, sehinggakn nurse yg menjaga ayah menegur kami. ayah cuma senyum dan meletakkan jarinya ke mulutnya menandakan menyuruh aku jangan nangis. ya Allah aku rasa indah sangat bila ayah senyum walaupun ayah sedang menahan sakit. setiap hari aku pegang kakinya yang semakin bengkak dan cium tangan ayah, sejuk sangat ayah dan aku rasa macam tak nak lepas je.
selepas seminggu ayah berada wad icu, keadaan ayah semakin stabil atas doa keluarga dan orang yang sayang kat ayah. ayah disorong menggunakan katil dengan senyumannya yg mungkin ayah gembira sebab keluar dari wad icu tu dan kami sekeluarga sangatlah gembira keadaan ayah semakin stabil. dalam 3 hari ayah berada di wad biasa dan doktor mengambil keputusan untuk membenarkan ayah balik ke rumah.tetapi ayah kena ikut segala perkara yang diperkatakan oleh doktor dan makan semua ubat. setiap hari ayah tanya doktor untuk dia balik ke rumah mungkin ayah sudah bosan dengan suasana hospital. ayah juga cakap masa di wad icu dia tidak dapat melihat suasana diluar dan tak tahu apa yg terjadi diluar.
bila dapat tahu yang ayah dapat balik kami menyediakan persiapan di rumah dengan meletakkan katil di luar supaya ayah tidak bosan berada di bilik dan mudah untuk orang melawat ayah.ahli keluarga menyambut ayah begitu gembira. senyuman ayah menunjukkan ayah sangatlah gembira kerna dapat balik ke rumah. aku mendapati keadaan ayah tidak lah seperti dahulu ayah cuma terlantar di katil dan tidur. cara ayah bernafas pon tidaklah seperti orang biasa, ayah bernafas pon mengeluarkan bunyi, mungkin ayah tidak cukup oksigen dan ayah susah untuk bernafas kerana saluran pernafasan ayah sempit. kesian ayah pada saat itu aku rasa nak gantikan tempat ayah, biarlah ayah ambik aku punya salur pernafasan aku asalkan ayah okay. ayah juga tak banyak cakap, setiap kali aku tengok ayah tidur aku rasa sedih sangat.
pada hari seterusnya ayah dah boleh jalan banyak, setiap pagi ayah akan keluar rumah dan jalan jalan di ruang luar rumah. tetapi kami kena mengawasi ayah kerana ayah memang tak stabil lagi tapi ayah saja yang menunjukkan dia kuat, dia taknak buat anak anak dan isterinya risau. cuti angah dah habis dan angah terpaksa balik sarawak untuk sambung belajar dan ibu dah start kerja. jadi aku dan nani harus menjaga ayah. setiap pagi kami menyediakan ubat ayah dan makanan ayah. aku kasihan kat ayah sebab dia terpaksa makan banyak ubat, kekadang ayah muntah. ya Allah simpati sangat kat ayah.
pada setiap malam aku akan tidur lambat berganti ganti dengan keluarga aku. kami juga tidur di luar iaitu di ruang tamu. takut takut ayah nak pergi tandas dan hendak makan. kami layan je ayah. kami selalu menolong ibu membawa ayah ke tandas atau bilik air dan kami memandikan ayah, kekadang aku perasan ayah malu sebab anak anak dan isterinya mandikan, tapi aku tak kisah pon. kami juga mengambil cari lain untuk mengubati ayah dengan membawa ayah berjumpa dengan ustaz. selepas sehari ayah semakin okay tapi bila hari selepasnya ayah begitu juga
pada suatu hari denyutan jantung ayah macam tidak terkawal, ibu mengajak ayah ke hospital tapi ayah enggan. kebetulan pada hari itu ayah mempunyai temujanji dengan doktor so bendatu menjadi alasan kepada ayah untuk membawa dia ke hospital. ibu, maklong dan paklong yang membawa ayah ke hospital.
sampai di sana ayah susah nak nafas jadi ayah terus dimasukkan ke wad kecemasan dan doktor mengatakan bahawa ayah terpaksa untuk dimasukkan ke wad sekali lagi.
di hospital keadaan ayah okay sikit kerana ayah dapat bantuan pernafasan. dalam berapa hari ayah kat hospital. aku, nani, ibu bergilir gilir jaga ayah. ibu pula jaga waktu malam sampai pagi. aku dan nani bergilir gilir jaga ayah bila ibu kerja. dalam berapa hari ayah dibenarkan pulang.
tapi pada ketika ini ayah semakin lemah berbanding dahulu. ayah semakin tak banyak cakap, ayah cuma baring je. tapi ayah sempat pergi masjid untuk menunaikan solat jumaat terakhirnya dan ayah sempat menderma kat tabung masjid. kami tahu pon tu daripada sedara kami yg membawa ayah ke masjid. pada ketika itu mungkin ayah dah tahu yang dia akan pergi. ayah dah tak kuat dah mungkin ayah cuma berserah je kat Allah. pada hari itu ayah selalu takbir , mungkin ayah menunaikan solat
keadaan ayah semakin lemah dan lemah, ayah sempat mengatakan kepada ibu yang badan dia sakit dan pada masa lain ayah cakap kat ibu yang badan dia dah tak rasa. pada maghrib, aku menjaga ayah sambil selawat kat telingga ayah, ibu pula sedang menunaikan solat maghrib. selepas ibu siap solat ibu pula jaga ayah, dan keadaan ayah lain ,mungkin itu tanda dia akan pergi kan tinggalkan kami untuk selama lamanya. pernafasan ayah lain sangat dan ibu menyuruh nani memanggil ahli keluarga yg lain. keluarga yang lain segera menolong untuk menyuruh ayah mengucap dua kalimah syahadah. aku nampak bibir ayah gerak mungkin ayah sedang mengucap dua kalimah syahadah tu. pernafasan ayah semakin lama semakin perlahan dan apabila ambulans sampai doktor mengesahkan ayah telah pergi tinggalkan kami. ya Allah perasaan aku tiada siapa tahu ketika itu. melihat ayah yang terlantar di katil dan tidak bernyawa lagi. ayah tinggalkan kami pada 8.25 malam ((22.12.2013))
AL-FATIHAH
KAMALUDIN BIN MOHAMMED
SEMOGA DITEMPATKAN DI TEMPATKAN DENGAN GOLONGAN YANG DIRAHMATI OLEH ALLAH
terima kasih . sorry im not good a storyletter. segala salah silap mohon dimaafkan.