Thursday, 27 March 2014

Sebelah sayapku hilang part 1

assalamualaikum, niat nak buat entry ni dah lama dah tapi setiap kali nak buat semua hilang. dan this entry semua pasal arwah ayah nina. bila nak buat entry ni im just ingatkan pada diri supaya kuat, jangan nangis, cekalkan hati. setiap kali ingat ayah sssp cuma orang yang tertentu je yang tahu apa yang nina rasa. mesti orang ckp aku ni cuma nak mintak simpati orang cerita pasal semua bagai ni. takda rasa secebis setoet pon nak mintak simpati orang, aku buat ni pon cuma nak kongsi je.

last entry nina pasal result kan, masatu ayah nina masih ada lagi. masa buat entry tu pon sambil jaga ayah aku buat, ayah pon nampak aku buat. tapi umur ayah tak panjang untuk ayah tengok aku buat entrry yang akan datang.

tarikh 22 disember adalah adalah tarikh yang menjadi sejarah hidup aku. dalam tarikh tu, 8.25 malam ayah aku telah menghembus nafas terakhir di rumah kami sendiri. ketika ayah menghembus saat terakhir aku dan keluarga aku berada disebelahnya, cuma angah yg berada di unimaS yang tidak dapat melihat ayah untuk kali terakhir sebelum diambil nyawanya.

paling sayu dan sedih bila dapat jaga ayah cuma sebulan je sebab ayah cuma sakit sebulan je. aku tak pernah banggakan ayah, result pmr pon aku rasa macam tak puas nak bagi kat ibu ayah. tapi ayah tetap senyum bila aku bagitahu dia aku dapat macamtu je. aku rindu ayah punya senyuman, tiada siapa yang boleh ganti ayah. mungkin aku akan cerita dari mula tapi mintak maaf kalau tidak mengerti.

pada mulanya dalam pukul 11 malam dan pada siangnya ayah sempat hantar aku dengan nani pergi ujian kat mrsm, sebab dari dulu aku nak sangat masuk asrama, dan ketika aku dan ayah sedang menonton televisyen, tetibe ayah bangun dan terus ke dapur. bila ayah balik semula dari dapur aku nampak baju ayah basah lencun, tapi pada saat itu aku cuma fikir mungkin ayah basahkan baju dia sebab panas tapi masatu pon aku rasa sangat musykil. aku tidak tahu pulak itu tanda orang kena serangan jantung dan tetibe ayah mengadu kat aku sambil senyum "nina... kenapa baju ayah basah ek?"dan aku cuma bangun, tengok dan risau, lepastu ayah terus suruh aku panggil ibu, baju, kain pelekat ayah basah lencun macam orang mandi air hujan. selepas itu  ayah tukar baju dan ibu ayah terus masuk bilik tidur. pada mulanya ibu perasan bahawa badan ayah gelisah, gentuman jantung ayah laju dan ibu yg tidur sebelah ayah pon dengar. ibu pegang dada ayah, gentuman jantung ayah semakin laju tapi ayah macam menyapa tangan ibu. ibu tanya kat ayah suruh ke kinik atau hospital tapi ayah tolak, tapi bila ayah macam gelisah ibu terus call pakcik nina supaya hantar ayah kat hospital.

sampai je kat hospital, ayah semakin teruk, ayah terus masuk wad kecemasan. aku and nani tinggal kat rumah. ayah disah diserang serang sakit jantung. kata ibu salur jantung ayah tersumbat, jadi doktor bagi ayah ubat cair darah yg dos yg tinggi sebelum tu ibu kena tandatangan banyak surat. ibu cakap malam tu banyak darah ayah keluar, mungkin kesan daripada ubat tu. pada esoknya aku melawat ayah, pada masa tu ayah berada di wad biasa, aku tengok muka ayah senyum je, tenang je seperti tidak apa apa yg berlaku. ramai orang melawat ayah, ayah still boleh senyum, ketawa macam orang biasa, seperti dia tidak sakit.

selepastu ayah kena check, bila setengah jam ayah kena check oleh doktor pakar tetibe doktor ckp ayah kena masuk icu petang tu juga. aku rasa seperti tidak percaya, ayah yg berada dihadapan aku ketika itu disuruh masuk icu. aku tengok ayah macam biasa tapi kenapa ayah kena masuk icu, mungkin ayah simpan sakit dia, ayah cuba tahan depan kitaorang, aku tahu ayah kuat. muka ayah tak memaparkan pon yang dia tu sakit.

pada malam tu selepas ayah kena masuk icu aku, ibu dan nani setia tunggu doktor untuk dengar berita tentang ayah. semasa ibu ke bilik solat untuk menunaikan solat isyak, aku dan nani tunggu diluar bilik icu. kalau boleh aku ingin selalu disamping ayah. tetibe doktor keluar memanggil ibu dan kami. ketika tu aku berlari menuju ke bilik solat untuk panggil ibu sambil nani sudah masuk ke bilik icu. ketika aku dan ibu sampai kami terlihat nani telah nangis teruk, pada ketika tu terdapat satu doktor dan 2 pembantunya yang sedang memegang nani. aku mengesyaki mungkin ada perkara buruk yg berlaku pada ayah. pada masa tu doktor telah mengatakan bahawa ayah kena serangan jatung kali ke dua dan ayah berada dalam tahap kritikal, ayah berada dalam tahap 4.dan paling sedih doktor menyuruh ibu memanggil waris waris ayah, pada ketika tu aku nangis sekuat kuatnya, aku pegang erat dinding di bilik itu aku takut aku jatuh, aku jeling pada ibu, ibu pon cuba menjadi kuat tapi  apakan daya ibu manusia biasa. kami tidak diizinkan melihat ayah.

pada malam itu juga angah balik dari sarawak, kehadiran angah membuat aku sedikit kuat daripada biasa. malam tu dan malam seterusnya kami tidur dihadapan bilik icu. biarlah orang kata kami ni apa, asalkan kami boleh teman ayah.




2 comments:

  1. Nina... harap bersabar... maaf dah 5 bulan berlalu.. aq tak tahu pon.. aq tahu ko n nani kuat... hrap bersabar n kuat kan semngat ko....

    ReplyDelete
  2. terima kasih sai. takpa takpa. :)

    ReplyDelete